TIPS FOTOGRAFI WAJIB BACA
TarmiziShukri’s Blog bermula pada tahun 2009 dimana pada masa itu saya mula membeli kamera DSLR pertama iaitu Sony a300. Tujuan asal saya membuat blog pada masa tersebut hanyalah untuk berkongsi gambar yang saya ambil dengan harapan ada yang sudi komen dan memberi kritikan kepada hasil kerja saya.
Setahun kemudian saya mula berkongsi tips-tips fotografi berdasarkan pengalaman dan hasil bacaan di blog-blog fotografi yang lain. Tips fotografi pertama yang saya tulis ialah “Nak beli mana satu ni?” yang memberikan sedikit panduan cara hendak memilih DSLR pertama berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa membeli Sony a300.
CANON 650D DSLR DENGAN SKRIN SENTUH DAN WIFI
Canon bakal mengeluarkan DSLR yang difokuskan untuk beginner iaitu Canon 650d yang bakal didatangkan dengan skrin sentuh dan wifi. Skrin sentuh pada kamera digital adalah satu perkara yang biasa, tapi skrin sentuh untuk DSLR? Rasanya ni kali pertama kali dengar, betulkan kalau saya salah.
Selain dari skrin sentuh dan wifi, ciri-ciri Canon 650d adalah 18.5 mp CMOS sensor dan menggunakan prosessor DIGIC 5 yang sekarang ini digunakan pada Canon 5D Mark III. Ciri-ciri lain seperti 9 cross-type AF, dan continuos Auto Focus ketika mengambil video dan ketika menggunakan Live View.